Tuesday, July 26, 2011

always think positive.:')

salam...
dah lama tak menulis..btw..always think positive.hav faith..semua benda ada hikmahnya..maybe xnampak hari ni,maybe tak nampak esok..insyaAllah...lambat laun nampak hikmahnya...kalau nak apa2..mintak je ng Allah..kalau Allah tak bagi hari ni..insyaAllah,Allah bagi esok..kalau tak esok,maybe tahun2 yg mendatang..ni kisah benar berlaku trhadap diri sendiri.....tapi jika Allah tak bagi kat dunia ni..insyaAllah kat akhirat sana...negeri yg kekal abadi..:')...bersabarlah wahai diri.........

oke,nak pi sambut bday senior yg udah mahu pulang ke malaysia...kita sambung lagi di len siaran...
5 hari lagi ramadhan....semoga Allah sampaikan pada ramadhan kali ni..tadaaaaaaaaaaa:)


Thursday, July 14, 2011

marhaban ya Ramadhan...:)

Bagaimana kita menyambut Ramadhan?
Oleh
Khairol Amin (kamin@tm.net.my)


Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.

Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz[1]

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu,
moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]


Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang diutamakan, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan Al-Quran (dalam bulan ini) dengan firmannya:

Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]


Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [al-Qadr 97:1-3]


Selain itu diampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh iman dan azam. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh
Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam Lailatul Qadar
dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.[2][Shahih Muslim – hadis no: 760]


Kewajipan berpuasa (juga mengajar kita) menjaga diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan. Ia mencegah kita daripada melakukan semua keburukan kepada memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.

Demikian beberapa pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz berkenaan hikmah dan keutamaan bulan Ramadhan.

Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tertinggi fatwa Palestine[3]

Terdapat beberapa adab yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut adalah:

Pertama:
Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.”[4]

Kedua:
Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagai
mana firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa.
[al-Baqarah 2:183]

Ketiga:
Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.[5]

Keempat:
Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.[6]

Kelima:
Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. [al-Tahrim 66:06]

Selain itu saya menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:
  1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.

  2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.

  3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.

  4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.[7]

  5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.

  6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.

  7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.

  8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.[8]

  

Tuesday, July 12, 2011

rasa nak buat affair dgn cikgu forensic..LOL

salam...

baru balik dari tempat autopsy...penuh kekecewaan...dah banyak kali pergi nak tgk post mortem...tapi bermacam2 halangan....hari tu pergi,kes pembunuhan,student tak leh tengok...pergi plak,suatu hari tu...tunggu berjam2 xleh tgk jugak...sebab dia start waktu maghrib..dah malas nak pergi...hari ni..pergi lagi...lewat 5min je...5 min je oke...pintu dah tertutup....pastu tungu2 jap..dapat masuk..tengok2 dah penuh gila dgn budak2 kmc..keluar balik..hampa...pergi singgah buble tea...buat lawak ntah ape2 masing2 utk menyedapkan hati yang hampa...smpai nak buat affair ng cikgu forensic..LOL..but we have great time together kan..

tapi semua berlaku ada hikmahnya kan..at least we learn...kesimpulannya,masa duk borak2 ng huda tadi...
pengajaran pertama: kena jaga masa...walaupun 5 minit,patient dah boleh mati...masa itu nyawa...(peribahasa baru aku) =.='

pengajaran yg paling penting: kita hanya merancang Allah yg menentukan semua...walau hebat mana pun kita rancang kita plan..tapi jgn lupa..Dia yg lagi hebat..insyaAllah ada hikmahnya...:))

xdapat tengok autosy...tapi sempat ambik gambar kan huda...huda nt awk rindu sy nt dah tua2..tgkla gambar ni..hak3...



btw smile always...life is too short before we become a 'body'..selamat beramal ....ngeee:D






Monday, July 11, 2011

assalamualaikum...

alhamdulillah....masih bernafas hari ini...alhamdulillah...rasa happy sgt2..rasa syukur sgt2...thanks Allah sebab bagi famili,kawan2 n org sekeliling yg baik..mereka best sgt2..

terima kasih Allah atas segala kasih sayang mereka..membuatkan hidup ni penuh bererti..mereka sentiasa ada saat berduka,saat susah,bukan hanya bergembira bersama....

ya Allah,bagilah peluang hambaMu ini berbakti kepada mereka..tidak menyakitkan hati mereka...menyenangkan mereka dgn kata2 n sikap......

tidak tercapai oleh akalku,bila aku akan dijemputMu..bila2 masa...namun ya Allah..berkatilah usiaku...kau berikanlah kemudahan,kesenangan,rahmatMu kepada semua ahli keluarga n rakanku...dan org yg aku kenal..
semoga aku dan mereka dapat berkumpul lagi di syurgaMu..... :)

 

for me and you!!!..yes you...you....you...


Here are some useful tips for me and you!
The Fundamentals Of Happiness

1. Know that if you do not live within the scope of today, your thoughts will be scattered, your affairs will become confused, and your worrying will increase - these realities explain the hadith:

“When you are in the morning, do not expect to see the evening, and when you are in the evening, do not expect to see the morning.”

2. Forget the past and all that it contained. Being absorbed in things that are gone is sheer lunacy.
3. Do not be preoccupied with the future. Because the future is in the world of the unseen, do not let it bother you until it comes.
4. Do not be shaken by criticism; instead, be firm. And know that, in proportion to your worth, the level of people’s criticism rises.
5. Faith in Allah and good deeds: these are the ingredients that make up a good and happy life! ^_^
6. Whoever desires peace, tranquility, and comfort can find it all in the remembrance of Allah.
7. You should know with certainty that everything that happens occurs in accordance with a divine decree.
8. Do not expect gratitude from anyone.
9. Train yourself to be ready and be prepared for the worst eventuality.
10. Perhaps what has happened is in your best interest (though you may not comprehend how that is so).
11. Everything that is decreed for the Muslim is best for him.
12. Enumerate the blessings of Allah and be thankful for them.
13. You are better off than many others.
14. Relief comes from one hour to the next.
15. In both times of hardship and ease, one should turn to supplication and prayer.
16. Calamities should strengthen your heart and reshape your outlook in a positive sense.
17. Indeed, with each difficulty there is relief.
18. Do not let trifles be the cause of your destruction.
19. Indeed, your Lord is Oft-Forgiving.
20. Do not be angry... Do not be angry... Do not be angry.
21. Life is bread, water, and shade, so do not be perturbed by a lack of any other material thing.
“And in the heaven is your provision, and that which you are promised.” Surah Adh-Dhariyat:22.

22. Most evil that is supposed to happen never occurs.
23. Look at those who are afflicted and be thankful.
24. When Allah loves a people, He makes them endure trials.
25. You should constantly repeat those supplications that the Prophet Muhammad PBUH taught us to say during times of hardship.
26. Work hard at something that is productive, and cast off idleness.
27. Don't spread rumors and don't listen to them. If you hear a rumor inadvertently, then don't believe it..
28. Your malice and your striving to seek revenge are much more harmful to your health than they are to your antagonist.
29. The hardships that befall you atone for your sins.

Taken from: Do Not Be Sad - Aaidh ibn Abdullah al-Qarni

Saturday, July 9, 2011

anak kecik main api terbakar hatinya sepi....

Kita telah ketahui bahwa ciri-ciri zaman sekarang adalah telah memenuhi ciri-ciri akhir zaman. Kerosakan ada dimana-mana. Hampir semua aspek kehidupan manusia telah jauh dari Tuhan. Islam sudah tidak memiliki jati dirinya. Islam sudah dipandang sebelah mata oleh musuh-musuh Islam. Bukan kerana besarnya musuh-musuh Islam, tapi kerana lemahnya umat Islam itu sendiri. Kita telah ketahui bahwa banyak negara-negara Islam yang kaya raya, menjadi “ceti dunia” atau dengan kata lain negara donor. Tapi apa yang terjadi? Mengapa Islam tidak dipandang megah? Hal itu terjadi kerana umat Islam sudah seperti buih di lautan dan telah terkena penyakit Al Wahan. Seperti hadis Rasulullah SAW :
Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati".

p/s: semoga allah lindungi kita semua...

Friday, July 1, 2011

aku tak leh hidup tanpamu

assalamualaikum...

alhamdulillah..masih diberikan nafas pada hari ni...

ya Allah,sebenarnya hati ni rindu pdMu...sebenarnya hati ni cinta kepadaMu..
ya Allah,tetapkan hati ni..jgn kau pesongkan setelah kau beri petunjuk...ya Allah...ya Allah...
biarlah cinta kepadaMU mengatasi segala2nya...ya Allah,berikan kesihatan baik kepadaku,keluargaku n kawan2ku agar semua dapat terus mengabdikan diri padaMU...ya Allah,walau sesekali aku lupa padamu..Kau tak pernah lupa padaku...ya Allah,kadangkala aku rasa malu utk meminta dariMu....setelah byk kesalahan yg aku buat..aku tak layak utk ke syurgaMU ya Allah...namun aku tak sanggup ke nerakaMu..ya Allah semoga aku dipertemukan dgn semua ahli keluargaku,rakan2 ku di syurgaMu yg tak tergambar indahnya dan berjumpa kekasihmu...Rasulullah s.a.w.......ya Allah,tunjukilah jalan2 menuju syurgaMu.....
janganlah kau biarkan nasib diri ini ditentukan oleh diriku sendiri walau kadar sekelip mata atau lebih cepat dari itu.....ya Allah maafkan aku.........berkatilah usiaku.......akhirkan umurku dgn husnul khatimah.....hiasilah diri2ku dgn akhlak2 yg mulia..jauhkan aku dari sifat mazmumah....ya Allah,berikan kebahagiaan kepada semua org sekelilingku...ya Allah,berikan kekuatan kepada para pejuang di jalanMu...berikan kemenangan kepada saudara2 Islamku yg ditindas...........selawat ke atas nabi...amin


p/s: ya Allah,sampaikan aku pada Ramadhan...