Saturday, August 6, 2011

dalam hidup ni tak semua yg kita nak,kita akan dapat..:D

assalamualaikum...hari ini hari ahad..sy harap semua tempat di seluruh dunia..hari ini ialah hari ahad..sebab hari ahad ialah hari yg best sebab takde kelas..>.<''

semenjak dua menjak,malas nak update blog sebab aku rasa aku dah tak pandai buat ayat2 bm mahupun english..not my mother tongue youuuw..namun aku jua tidakla pandai berceloteh dalam bahasa kannada,hatta hindi sekalipun..namun hari ini,aku gagahi jua jari jemariku yg runcing utk menekan ansara2 di laptopku utk ku luahkan isi hati yg xdela terbuku sgt..(kalau tak tahan dgn perkataan runcing bolehla muntah berjemaah)..haha..

oke tu pendahuluan,macam karangan bm dulu..sekarang masuk isi2nya..hak2>.<
in my life..i learned that not all my wishes i will get..not all the things i want i will get..BUT..Allah always give all the things that i needed..so,sy rasa korang dah tahu lah topic usrah kita kali ni.hehe..i mean post aku kali ne..hak3..

semuanya pasal bersyukur..i know u guys yg baca lah akn cakap this is so lame..pls la..semua org dah tahu..xpe takpelah...ingt balik condition n terms blog ni..ni blog aku..suka ati akula..nak tulis apapun..wakaka..gurau je..ni untuk peringatan aku..siyes..nt aku rasa aku lupa nak bersyukur aku tgkla balik apa aku tulis ni..ni cara aku nak memperbaiki diri sendiri..insyaAllah..

semua org akan dalam dunia tak perfect..mesti ada org dalam dunia ni,mesti ada yg dia tak ada..apa2 pun lah..dan mesti seseorg tu ada kelebihan yg tersendiri yg hanya ada padanya yg tidak ada pada org lain..(aku rasa aku macam dalia yg bagi tazkirah subuh ari tu)..haha..

tapi betul la kan..ada certain org tu walaupun kaya duit beranak2 dalam bank tapi rasa xhepi maybe sebab xsehat n then xdapat makan2 yg best gak walaupun duit makan 7 keturunan pun tak habis..namun ada yg penuh kekurangan..yg hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..tapi sentiasa bergembira dgn kesihatan yg baik n keluarga yg bahagia di sisi..ada yg sgt pandai,cantik,tapi ada penyakit pula..byk la lagi contoh2..korang pikiaq la sendiri..hehe

so walau apa pun,hendaklah sentiasa bersyukur..kalau rasa tak bersyukur..cuba fikir balik...ramai ramai ramai ramai lagi yg susah dari kesusahan yg kita ada...contoh,hari tu aku terseliuh aku...tapi fikir2 balik,org lain ada yg patah kaki..of coz..ni lagi agonizing utk org tu..setakat aku,makan diclofenac(anti inflammatory drug)..ada hikmah aku terseliuh,sebab aku makan ubat ne xperlulah aku bersusah payah mug up ubat ni.. seminggu dengan izin Allah sembuh.

pastu apa lagi yg boleh menyebabkan kita rasa tak bersyukur..contoh,kita rasa rumah kita ni kecil la..tapi cuba fikir,ada org tu contoh yg aku tgk kat sini..xde rumah pun..tido dlm khemah je..lagi apa lagi..kita rasa kita tak cantik tak hensem..tapi cuba kita tgk kita ada hidung kan,ada mata tak,ada mulut tak..ada tangan tak..ada telinga tak..at least kita dapat melihat alam ciptaan Allah yg sungguh sgt indah ni..SubhanaAllah..ada langit yg biru..pokok yg hijau.kita ada telinga...dpat dengar bunyi burung,kipas dalam bilik ne..hehe...even suara yg keluar dari mulut kita pun kita dapat dgr..

contoh yg lain bykla lagi..sekarang aku rasa aku tak bersyukur sebab tu lahirnya post ni..sekarang i feel better..ayuh raised our hand..and say alhamdulillah..:D..

jgn lupa mintak doa dgn Allah..ya Allah jadikan aku hambaMU yg selalu bersyukur dan bertaubat...ni ada satu lagi menarik yg aku terima semasa perkongsian hari tu..

kenapa kita masih hidup hari ni ?..cadangan jawapan oleh Imam Al Ghazali..sebab Allah nak bagi peluang utk kita bertaubat..terharu kan kita masih ada peluang..semalam aku pergi autopsy..fikir2 balik,bila masa plak aku akan pergi meninggalkan dunia yg fana ni...bersyukur sebab masih ada peluang..Allah bagi lagi nafas sehingga hari ni saat ni...nak mintak ampun n mintak maaf dgn org kalau buat org sakit hati..

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53

terharu kan dgn ayat2 cinta Allah...oleh itu slalulah kita bukak ayat2 cinta Allah..pasti ada jawapannya..
kita rasa tak leh terima apa yg terjadi kat kita..kita tengok..


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

kalau rasa tak sabar plak...kita tengok plak..

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

n of coz..sabar tu xde limit babeh..:D

n sentiasalah bersyukur seperti ayat cinta ni..


Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat Ku kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar maka sesungguhnya azabKu sangatlah pedih."


dan byk2 lagi...ayat2 memujuk hati kita...pesanan utk diri sendiri...

sori,aku tulis blog ni macam rushing2 sebab esok ada kelas test..xsempat nak buat yg best2..tapi harap bermanfaat kepada diri sendiri n org yg baca..wink2..

selamat berpuasa..semoga Ramadhan kali ne penuh makna buat kita semua...:D..
























No comments:

Post a Comment