Sunday, May 29, 2011

sakitnye pakai braces...huk3 :')

salam..

selamat hari ahad...baru bangun tido...akibat kesakitan pakai braces...semalam p pakai braces...termuncung2 mulut..sakitnya....

oke dah malas nak menaip...nantilah edit n post lagi...hihihi..


p.s...Rindu itu ada. Rasa itu wujud. Cuma, perlu disembunyikan. Walau apa keadaan sekali pon. 
Saya doakan kamu bahagia. :)

Monday, May 23, 2011

:')

sesungguhnya bersama kesedihan ada kegembiraan
bersama musibah ada kesabaran
bersama kelemahan ada kekuatan
bersama ujian psti ada hikmah
dan bersama Allah psti ada ketenangan...♥♥♥



Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.
Dalam hadits kudsi Allah berfirman.
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya."

(HR Thabrani dari Abu Umamah)




Friday, May 20, 2011

senyumlah ahaiii cek mek molek:))





alarm pun lagu ne...ringtone pun lagu ni...

sesak sungguh rasa dada ini menanggung perasaan ini....nobody knows except Pencipta yg Satu...huuuuuu.....:')

btw guys.....

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.
Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari...

smile always:D....

A smile costs nothing but gives much.  It enriches those who receive without making poorer those who give.  It takes but a moment, but the memory of it sometimes lasts forever.  None is so rich or mighty that he cannot get along without it and none is so poor that he cannot be made rich by it.  Yet a smile cannot be bought, begged, borrowed, or stolen, for it is something that is of no value to anyone until it is given away.

p.s : hepi bday huda nabihah mokhtar..heart U...:D.....







Wednesday, May 18, 2011

Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

Keterangan :


Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia.



 Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat.


 Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam~~~~~~~

Tuesday, May 17, 2011

je jom berhenti mengeluh...:')

salam..selamat malam....

zurina ni kengkadang suka sgt mengeluh..sikit2 nak mengeluh...kena study pun nak mengeluh...kena baca utk test mengeluh..tension belajar pun nak mengeluh....when somethings not going well pun nak mengeluh...oke exaggerated plak.....haha

je jom berhenti mengeluh...ayuh,berfikiran optimis n terbuka.....berfikiran positiv lagi sentiasa bersemangat tanpa mengenal putus asa...ayuh!!



Dalam satu hari

Harus ada hati yang dibersihkan

Harus ada tilawah dan tadabbur quran

Harus ada zikir yang dilafazkan

Harus ada buku yang difahamkan

Harus ada sedekah yang ditebarkan

Harus ada keikhlasan yang ditanamkan

Harus ada kesabaran yang diteguhkan

Harus ada semangat yang dihidupkan

Harus ada perjuangan yang diteruskan

Harus ada da’wa yang dikembangkan

Harus ada jihad yang dikobarkan



p/s: ingatlah hanya dgn mengingatiNya hati menjadi tenang:D....alhamdulillah...zurina sokong 100% :D


apa khabar dirimu..:)

warning: anda mungkin akan mengalami ketidaksenangan ketika membaca ini...





assalamualaikum...

apa khabar jodohku..sihatkah dikau? jujur aku rindu kamu,wahai jodohku...
tapi belum saatnya kita akan bertemu....mungkin kamu sedang mempersiapkan dirimu..begitu juga diriku...kadang2 aku terfikir,apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkan aku..mengajakku bertafakur n bersujud padaNya..

berat hati ini menantikanmu..gelisah hati ini memikirkanmu..ku harap kau selalu hiasi langkah2mu dgn kebaikan...
jodohku,aku masih disini sabar menantimu...kerana aku yakin kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita...jikalau detik ini hatimu berduka...berwudukla....tetapi aku di sini mengharapkan kamu baik2 sahaja...

jodohku...aku rindu...begitu byk hal yg ingin aku ceritakan padamu..begitu byk pula harapan2 ku..ingin mendengar nasihat-nasihatmu...dan hati ini tidak sabar menunggumu membalut luka2 semalam n menyembuhkannya..

jodohku...apakah kau juga merinduiku...bagaimana dgn Quranmu...apakah yg kau fahami dari surah itu..ceritakan padaku...aku sedia mendengar... dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari? semakin baikkah?
 Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
 Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
 Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah....berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar... Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..Ingatlah 
 aku selalu ada untukmu..
 Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..
 Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
 Salam hormatku dan sayangku untukmu….~

Monday, May 16, 2011

and now we become stranger again....huuu:D

salam...

fuh2,hari yg sedikit penat hari ni...tadi class test patho...alhamdulillah....lepas cukup2 makan..thanks mak sebab buat sembahyang hajat...terharu tadi kol mak....cakap nak exam..mak cakap nt nak solat hajat..mak tak tahu,anak dia ni xabes baca...takut sgt2 jawab tadi...rasa terharu sngt2...:')

Allah knows the best kan..semua benda ada hikmah kan??? sebab kadang2 dah jauh,Allah uji sikit nak suruh dekat ng Dia...xkan dibiarkan hambaNya terus leka n hanyut....namun,kadang2 syaitan itu senantiasa mengambil kesempatan atas kelemahan manusia...pantas membisikkan hasutan2 yg boleh mengugat jiwa n kewarasan akal utk berfikir....namun,teruskan melangkah menangkis segala bikisan hawa nafsu yg tidak berkesudahan....:)

dear zurina ramle,
belajar rajin2...ingt mak abah kat rumah...besar harapan mereka...:)
jgn byk main2....jgn asyik mengelamun,berangan,dan segala bagai lagi perbuatan sia2...
jgn sedih2...nanti mak pun nangis...(oke,ni serius sebak hingga menitiskan air mata 7 baldi tadi bila akak cakap tadi)....pehal la nak sedih2 plak.gediks..haha:D
jaga kesihatan,jaga makan zurina...
yg penting zurina...jaga hati,jaga iman...jadi anak yg solehah..jaga hubungan ng Allah n manusia....:D

p.s: mak abah...i love both of u....sorry for everythings....<3 <3 <3

p.s.s: esok kelas test pharmac...

p.s.s.s: and now we become stranger again.......weee~ :D









life is a test~




Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Friday, May 13, 2011

rindu zaman kecik2..hihi

salam..

tadi pi main tudung botol ng batu seremban..tetiba rasa rindu plak zaman kecik2..kadang2 penat jadi org dewasa...mom,i miss u.........:')

Eventhough the world can hear, the only one who will always listen is Allah. His mercy will shine on u when your tears shed, His love will enter you heart when u feel alone, He will reward u for all painful hardships u are going through. InsyaAllah :)

Thursday, May 12, 2011

.untitled.

Love is when you shed a tear and still want him, it's when he ignores you and you still love him, it's when he loves another girl but you still smile and say I'm happy for you, when all you really do is cry....:')

Saturday, May 7, 2011

Dlm ujian itu ada pnghapusan dosa, ada peringatan agar tdk lalai, ada twaran utk mndptkan pahala dgn cara berSABAR dan mngingat akan nikmat dan ada hrpan utk mndptkn ganjaran. Dalam pndangan ALLAH dan qadhaNya, semuanya adlh baik" =)

assalamualaikum...

alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan oleh Allah utk menikmati hidup..dan terus bernyawa..:')...
hari yg sangat bizi hari ini...dimulakan dengan kelas pharmacology dari pukul 9 hingga 11.30...lepas tu ke mentored student project presentation...pukul 2.30 bersiap2 nak ke lab...utk belajar culture2 bakteria...sebab dah lewat...aku cpat2...naik skuter aku n huda namanya ZUHUD...nak tahu kenapa nama ZUHUD..sebab ZUrina+HUDa...hehe...sweet tak kami,,,:')...sebab nak cpat2,terus aku nak memecut laju..tapi itulah,malang tidak berbau...terjatuhla aku lantas tersungkur...ni dah second time,aku jatuhkan ZUHUD...:'(...

pastu,aku pun...dah jatuh tu..xleh nak buat apa...xtahu la...macam pause sekejap...xleh buat apa...last2...tak tahan sakit..aku panggil..huda...jerit nama huda kuat2...nak jerit minta tolong..nampak skema la plak...lol.....pastu situ ada lah mak cik ng anak dia lalu lalang...anak makcik tu...tolong aku jerit sama2...
thanks adik...aku tak sempat pun tgk muka dia...u'll be blessed :)...datang la huda menolongku..yang kebetulan sgt...masa first time jatuh pun,aku memakai baju,seluar,tudung n socks yg sama...percaya tak??hmm......

pastu dah masuk rehat2 jap..sapu2 ubat kat kaki....sakit pun sakit la..aku redah je..aku pi lab...dah lewat dah time tu...lepas abes lab...aku ada appointment ng dentist...moh buat braces...:')...tunggu lama gak la...baru la dia panggil aku..lepas ambik gambar...masukkan entah ape2 dalam mulut...aku pun balik ke rumah...balik kat umah...makin lama makin sakit kaki aku ne..:'(..

sekarang sakit sgt..sampai aku xleh jalan ng betul...sakitnye hanya Allah yg tahu..dah start bengkak2..hmm...sekarang bila kaki aku sakit..baru aku tahu,bersyukurnya kaki aku yg sihat dan kuat...aku boleh buat macam2...ecece...ayat macam aya nae plak..lol...
tapi gitulah..


Dlm ujian itu ada pnghapusan dosa, ada peringatan agar tdk lalai, ada twaran utk mndptkan pahala dgn cara berSABAR dan mngingat akan nikmat dan ada hrpan utk mndptkn ganjaran. Dalam pndangan ALLAH dan qadhaNya, semuanya adlh baik" =)
kredit kat kak kuja..status dia buat aku berlapang hati dgn semua ini:D

semoga kaki aku lepas ni oke2 jep....:D...

p/s: syukur...alhamdullillah..thank u Allah...utk segalanya..:D
p.s: minggu depan ada pbl...test sdl...ya Allah mudahkan...:D